Pages

Wednesday 18 January 2012

Nasi Somali dan Kurma Kambing

Hari ni dah 3 hari berturut turut makan nasi somali… semua gara-gara MrFaiz makan nasi ni time berbuka kat masjid, lepas tu asik disebut-sebut je. Suka sangat dia dengan nasi ni :D
Esok mungkin kena tukar menu kot. Lama-lama makan nasi ni karang tiba2 pandai cakap Somali pulak. heheh :D
Lauknya, kurma kambing dan sambal tumis udang. Resipi kurma kambing boleh tengok SINI.
Rasanya ada iras2 rasa nasi beriani sikit2, jadi lauk apa2 yang sesuai dengan nasi beriani kiranya sesuai di makan dengan nasi somali ni. Cara masaknya berbeza sikit dengan nasi biasa sebab orang Somali suka masak nasi menggunakan oven :)
Resipi ni kita dapat dari kawan yang tinggal di sini.
Resipi Nasi Somali
1 cawan beras basmati (direndam lebih kurang 30 min)
2 cawan air
1/4 bawang merah besar, dihiris
1/4 cawan olive oil
1 genggam daun ketumbar + 1 ulas bawang putih (dikisar dengan 1/4 cawan air)
1 sk serbuk jintan manis
2 sk serbuk kari (apa2 kari pun takpe)
5 biji buah pelaga ditumbuk
1 kayu manis
1/2 sk kiub pati ayam
1/4 cawan kismis
2 biji kentang saiz kecil dikupas dan dipotong memanjang (optional)
1/2 sk saffron (Cuma utk bagi warna)
1/4 cawan green peas
Sedikit garam
Panaskan oven kepada 170°C.
Dalam periuk yang tahan oven (ovenproof pot), tumis bawang merah dengan olive oil sehingga keperangan.
Tambahkan paste ketumbar-bawang putih yang dikisar tadi. Tumis lagi. Masukkan semua bahan lain (kecuali beras) dan kacau rata.
Tapis beras yang direndam tadi. Masukkan ke dalam periuk dan kacau lagi lebih kurang 2-3 minit. Tambahkan 2 cawan air dan kacau. Biarkan mendidih.
Tutup api dan cover periuk dengan aluminium foil.
Masukkan periuk ke dalam oven dan biarkan masak selama 30 minit,
Siap!

Nasi Bukhari dan Ayam Masak Hitam

Nasi bukhari perantau. Simple2 makan dengan ayam masak hitam dan tomato je. Sekarang dah winter, gelap manjang… kena suluh2 cikit kasi silau ayam tuh.
Resipi, jauh kite kayuh beskal p amek kat umah Emi di Tokusyima sinun. Emi lak import dari umah Kak Dayang, jimat kilometer cikit kite nk pegi ;) Time kacihhh kat Kak Dayang & Emi ye.. kite lak CnP resipi kt sini. Tocey2…
Resipi Nasi Bukhari
Bahan-bahan : utk 4 orang makan
•2 1/2 pot kecil beras Basmathi (direndam 3-4 jam dan dituskan)-tak ikut
•3 pot air
•150 ml susu cair
•2 sudu makan serbuk kari daging
•1 sudu makan rempah Bukhari Faiza-kite guna rempah sup sama cam Emi
•1/2 labu bawang besar (dihiris)
•1 ulas bawang putih (dihiris halus)
•1 cm halia (dihiris)
•sedikit daun ketumbar / daun pudina (dihiris)-xletak
•2 sudu makan puri tomato
•sedikit badam (ditumbuk) -xletak
•sedikit gajus (ditumbuk)- xletak
•2 sudu besar minyak sapi (ghee)
•bawang goreng
•1 helai daun pandan (disimpul)
•garam secukupnya
Cara-cara :
*Rempah dan serbuk kari disatukan serta dibancuh dgn sedikit air. Kacau rata2 dan ketepikan.
*Panaskan minyak dan tumis bawang2 dan halia hingga terbit bau.
*Masukkan pes rempah tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
*Masukkan puri tomato dan kacau lagi.
*Masukkan badam/gajus tumbuk, air dan susu cair. Kacau perlahan2.
*Kemudian masukkan beras, garam dan daun pandan. Tanak seperti biasa.
*Setelah hampir kering, taburkan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar/daun pudina.
*Biarkan seketika hingga nasi masak sempurna.
***boleh juga guna rice cooker.
***gajus dan badam ditumbuk utk menyedapkan lagi rasa pd nasi Bukhari.

Nasi Mandhi Abu Dhabi

Nasi mandhi bersama kambing mandhi. Bagus kambing kuopio ni. Tak takut air. Kambing di Malaysia lain ceritanya. Semuanya agak malu-malu dengan air.
Undilah saya. hehehe. :)
Lama simpan resipi amik kat umah Kak Ummi nie… Maklumler asal jauh nun di Arab Saudi. Resipi asal datang dari Puan Raidah. Memang berbaloi-baloi masak nasi ni.. sedap betul.. terima kasih kakak-kakak semua.. mintak izin kongsi resipinya kat sini ye :)
Walaupun namanya vogue, tapi nak buatnya senang aje. Tak perlu bahan2 istimewa pon. Resipi asal guna ayam, tp kite ketandusan ayam, guna kambing… alhamdulillah sedap juga walaupon kering cikit pasal terlebih bakor. Licin kami duorang belasah semua. heheh
Kalau nak tengok gambar ayam mandhi, boleh tengok kat rumah Kak UmmiPuan Raidah dahMamasya ye… Memang mengancam ler.. :)
Resipi Nasi Mandhi, Ayam Bakar dan Sos
Resipi asal dari Puan Raidah
Cara Penyediaan Nasi Mandhi
• 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
• 3 camca besar minyak sapi
• 4 cawan air atau secukupnya – **tambah air supaya nasi lembut
• 1 biji bawang besar ~ hiris halus
• 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
• 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
• 1/3 cwn kismis
• Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
• Sedikit pewarna kuning- guna
• 1 sk kunyit campur dgn sikit air
• Garam secukup rasa.
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Cara Penyediaan Ayam Bakar Untuk Nasi Mandhi
• 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
• 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
• 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
• 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
• 1 sudu kecil serbuk kunyit
• 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )- Akak pn letak rempah kari mcm Mamasya gak..
• 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
• 2 biji lemon ~ dihiris bulat
• Garam
• Sedikit pewarna kuning
• Aluminium foil.
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250′c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas. **suhu oven tak sampai 250′c, jadi bakar suhu 220′c selama 1 jam…kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit…tu yg nampak sikit2 hitam….
4. (untuk kambing, kite cuma bakar tak sampai sejam, bila nampak air dah kering dah daging dah lembut, kite tutup oven. Lebih kurang 30 minit gitu)
Cara Penyediaan Sos Untuk Nasi Mandhi
• 1 biji tomato ~ hiris
• 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
• 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
• Garam
• Gula
• Perahan lemon.
1. Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.

Saturday 7 January 2012

Code HPAfm

<embed width="200" height="75" loop="0" filename="http://hpafm.hpa4online.com:8080" autostart="true" showstatusbar="1" controller="true" transparentstart="1" enablecontextmenu="true" type="application/x-mplayer2" pluginspage="http://www.microsoft.com/Windows/MediaPlayer/" name="mediaplayer1"/>
HPAfm : Sumber Inspirasi

</embed>